Tuesday, 16 August 2011

Dulu Iwan Dangdut Kini Iwan Syahman, & Album Baru..


Penyanyi dan bekas komposer lagu-lagu dangdut, Iwan sudah berubah penampilan apabila mula mendekatkan diri dengan agama. Imejnya juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik.
Nyata, jiwa seninya masih ada dan Iwan menggunakan kelebihannya mencipta lagu dengan menghasilkan lagu-lagu berkonsep ketuhanan. Dia baru muncul dengan album baru berjudul Segalanya Allah.
Iwan juga menggunakan nama baru, Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman) apabila muncul dengan album baru tersebut. Pelancaran album tersebut sudah diadakan di Restoran Andalusia, Kuala Lumpur pada 29 Jun lalu. Jom kita lihat gambar-gambar Iwan Syahman
Dulu sedang sedang.. kini Allah Maha Agung.. Dengar FullSong Allah Segalanya Klik Disini



Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah. 

Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
  1. Segalanya Allah

  2. Shalat Dulu

  3. Fadhilah Shalawat

  4. Semua Allah Punya

  5. Kalimah Toyyibah

  6. Siksa Neraka

  7. Pengasih

  8. Ke Taman Syurga

  9. Nasihah

  10. Ke Jalan Lurus

  11. Segalanya Allah (Versi Asal)

No comments:

Post a Comment