Monday 30 August 2010

Salam Merdeka



31 Ogos 1957 adalah hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia). Laungan Merdeka sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel serta negara-negara asing lainnya. Bendera Union Jack penjajah diturunkan dan Jalur Gemilang dinaikkan sebagai bermulanya sebuah negara baru. Disusuli dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.


Hari ini, usia negara yang merdeka tersebut sudah 53 tahun. Sesudah 446 tahun dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis dan British. Bukan mudah untuk merdeka, untuk mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu usaha yang lebih sukar. Ini kerana generasi yang semakin muda melihat erti kemerdekaan itu dengan pandangan dan nilai yang berbeza. Apa pun yang berlaku, inilah negara Malaysia. Tanah tumpah darahku. Suatu ketika dulu ada tamadun yang usianya 110 tahun di tanah ini sebelum bangsa asing datang menjajah. Kita kerugian masa. Kita ketinggalan, kerana kita dijajah. Bersamalah melakukan transformasi untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik dari semalam. 




Salam kemerdekaan.

2 comments:

  1. Mohon pencerahan.. Pernah d tanya kenapa tembakan meriam 101 das.. Kenapa tidak 100 das shj.. Apakah maksud 101 das tembakan. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  2. Wallhu'alam.

    Mungkin ada orang yang lebih arif bisa menjawab persoalan ini.

    ReplyDelete