Friday, 26 November 2010

Pauh Janggi

 
MUNGKIN ramai yang tidak pernah melihat pokok palma Pauh Janggi atau lebih dikenali dengan nama kelapa laut, Double coconut atau nama saintifiknya Lodoicea maldivica. Pokok kelapa laut atau Pauh Janggi ini sering dikaitkan dengan Lagenda Pelayaran Melayu. Seperti yang kita ketahui, nenek moyang kita zaman dulu terkenal sebagai ahli pelayaran. Ahli pelayaran ini kerap menemui buah Pauh Janggi atau kelapa laut terapung-apung di permukaan Lautan Hindi.

Buah Pauh Janggi ini dipungut dan dijual dengan harga yang mahal dan ramai yang mencarinya kerana dikatakan boleh dibuat ubat dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta penawar segala racun, sehingga dikatakan air yang disimpan dalam tempurung, jika diminum dapat mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit.Pauh Janggi juga dikatakan dapat menguat tenaga batin sehingga ia menjadi buruan ramai dan menyebabkan harganya sedikit mahal pada waktu itu.

Ahli pelayaran Melayu merahsiakan kewujudan pokok Pauh Janggi, namun mengikut catatan, Pigafetta yang turut serta dalam pelayaran Magellan pada 1519, beliau diberitahu seorang ahli pelayaran Melayu bahawa buah yang terapung itu ialah Pauh Janggi daripada pokok besar yang hidup di “Pusat Tasik”.

Ahli pelayaran itu percaya di Pusat Tasik itu ada burung Garuda yang memakan lembu dan gajah dan tempat itu tidak boleh dihampiri kerana selalu ribut dan taufan

Lagenda Pauh Janggi ini juga dikaitkan dongeng Haji Batu yang mana ketika beliau belayar untuk menunaikan haji ke Makkah, dia bermimpi supaya membawa tujuh batang paku dan penukul.

Dalam pelayarannya, kapalnya hanyut ke Pusat Tasik dan apabila kapalnya karam, dia memanjat pokok Pauh Janggi dengan berpaut pada tujuh batang paku yang dipaku pada batang pokok Pauh Janggi. Di atas pokok Pauh Janggi anak burung Garuda tinggal di dalam sarangnya.Ketika burung Garuda sibuk memberi anaknya makan seekor gajah, dia mengikat badannya pada bulu burung Garuda dan seterusnya burung itu menerbangkan sehinggalah dia dapat menunai haji di Makkah.

Pokok Pauh Janggi ialah pokok palma tunggal dan kewujudannya hanya di Kepulauan Seychelles. Palma ini adalah pokok yang unik dan mempunyai buah seakan-akan buah kelapa yang kembar.

Buah palma ini seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) dan menjadi buah yang terbesar di dunia. Pakar Botani kagum dengan pokok Palma ini yang dapat hidup di lereng-lereng bukit sedangkan buahnya seberat 15 kg boleh berada di lereng bukit. Pokok Pauh Janggi tersebar luas dan ditanam di sekitar taman botani sebagai tanaman antikuiti, ini termasuk ditanam di Taman Botani Singapura.Saya juga telah menanam pokok palma di Rimbu Ilmu, Universiti Malaya (UM) dalam 1973 dan malangnya pokoknya mati diserang oleh anai-anai. Mengikut catatan, pokok Pauh janggi pernah ditanam di Melaka oleh orang Portugis.


Sebagai pokok lagenda Melayu sepatutnya pokok ini banyak ditanam di Malaysia, terutama di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah, sebagai tanaman antikuiti legenda pelayaran Melayu.

FAKTA Pauh Janggi
Nama Saintifik: Lodoicea maldivica
Famili: Palmae
Negara Asal: Kepulauan Seychelles
Nama Lain: Kelapa laut, Double coconut


Semalam teman tengok Keliwon. Cerite pase Tasik Pauh Janggi. Wujud ke tak tasik ni?Ni yang teman terbace le

Kembalilah diri ke dunia panggung dan dunia kelir. Merenung masa lalu dan melihat masa depan. Dari ‘pusat tasik pauh janggi’ tempat berpusar lagi jauh ke tengah segara. Tasiknya bukan di daratan bandar, tetapi pusar yang paling tengah dan paling dalam. Siapa terjatuh atau tergelincir, tersuruplah ia ke dalam pusar. Tempat menanti segala mara bahaya. Tempat duduk menantinya Nenek Sepit Pentala Naga di Laut Buih Gelombang Tujuh. Kalau si lemah yang sampai, maka hilang ghaiblah ia di mulut Raja Naga yang maha bisa. Tetapi kalau si kebal malim megah malim perkasa, dia berdiri di atas singa juang siap siaga. Tiada seurat bulu roma celakanya hangus terbakar, tiada seurat rambut hitam lebatnya gugur bertabur.

Dalam Makyung dan dalam Wayang Kulit Kelantan ada kaitan dengan Nenek Sepit Petala Naga. Dalam Makyung Endeng Tajali umpamanya apabila Raja Besar meninggal, maka Raja negeri dipangku oleh anaknya Raja Sulung. Namun Raja Tengah dan Raja Bongsu berasakan diri mereka juga berhak menjadi raja. Mereka tiga beradik pun berhuda tenaga (bertarung) untuk mendapatkan hak. Raja Sulung menang dan menjadi Raja, manakala yang kalah lari membawa diri ke hutan alas yang muda, dan ke laut buih gelombang tujuh. Raja Tengah bertukar menjadi Nenek Sepit Pentala Naga dan Raja Bongsu menjadi Jin Gergasi yang menghuru-harakan negeri. Munculnya Endeng Tajali yang bertahun-tahun dipasung di bawah jagaan Nenek Kebayan menyelesaikan cerita dan sengketa. Raja Sulung hilang ghaib, lalu Endeng Tajali pun ditabalkan menjadi Raja Besar Sang Nyanyor.

Berbeza dengan versi Nenek Sepit Pentala Naga dalam Wayang Kulit Kelantan. Nenek Sepit Pentala Naga adalah Raja di Negeri Lautan Buih yang mempunyai keseorang tuan puteri yang cantik jelita, yang dinamakan Tuan Puteri Ikan Selar Banum. Dalam cerita Wayang Kulit Kelantan, Nenek Sepit Pentala Naga ini menjadi besan kepada Seri Rama apabila Hanuman Kera Putih berkahwin dengan Tuan Puteri Ikan Selar Banum dan memperolehi seorang anak yang bernama Hanuman Ikan.

Apabila saya mengambil petikan latar dari panggung dan kelir, tentunya akan ada pertanyaan, apakah kaitannya Siti Zainon Ismail, sang penyair dan pelukis dengan Makyung dan Wayang Kulit? Kaitan dan silang pertindihannya amat banyak. Pameran ini sendiri adalah merujuk kepada dua genre teater tradisi tersebut. Kembara masa kecil Siti Zainon dari Kampung Paya menaiki keretapi, dan singgah mengaji Quran, bersimpuh di depan rehal Tuan Guru Haji Mohamed, ayahndanya almarhum Ustaz Abdullah Nakula antara Dusun Muda dan Makam Langgar. Wayang Kulit pun bertabuh dan gesekan rebab pun berbisik. Fizik dan geografi kedua tempat itu pun telah berubah dan terus berubah. Kampung Paya menjadi Bandar Dalam, dan Langgar juga kehilangan dusun ditumbuhi hotel dan supermarket.

Dan Siti Zainon pun merintih dalam puisi dan lukisannya. Dalam puisinya “Senja di Pelabuhan” (Puisi Putih Sang Kekasih, 1984: 40) Siti Zainon menulis:akulah bidadari lautmengurai rambut basah lembutsambilmenjalin bicara senjakaukahmelengkap sabda senjakaukahmelengkungi sutera jinggayang tak tergapai ituadalah keinginanrahsia sutera termahalberhimpun

seperti muatan kapal yang tak pernah saratsedang pelabuhan kehilangan kelasi.

Pastinya ‘bidadari laut’ itu akan segera mengingatkan saya kepada Tuan Puteri Ikan Selar Banum, puterinya Nenek Sepit Pentala Naga yang ditinggalkan Hanuman di Laut Tujuh Gelombang Buih, Pusat Tasik Pauh Janggi. Tetapi Sang Hanuman sebagaimana di dalam cerita wayang adalah lelaki gagah perkasa yang selalu keluar bertarung dari satu negeri ke negeri yang lain. Kemudian bertapa dari satu gunung ke satu gunung sehinggalah di kaki-kaki awan di Nenggora Kekayangan. Anak-anaknya dibiarkan membesar di bawah jagaan ibu mereka masing-masing. Kelak setelah dewasa anak-anak itulah yang keluar mencari bapanya Sang Hanuman. Dan pertemuan seorang anak dengan bapa kebiasaannya bukan di dalam keadaan penuh kasih mesra, kerana akan berlaku peperangan dan pertarungan demi pertarungan. Apabila masing-masing tiada yang kalah, maka keduanya akan meriwayatkan keturunan mereka. Ketika itulah diketahui bahawa mereka adalah anak dan bapa. Dan sudah pastilah dalam wayang, “bidadari laut” selamanya akan menjadi isteri yang setia, membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Semalam teman tengok Keliwon. Cerite pase Tasik Pauh Janggi. Wujud ke tak tasik ni?Ni yang teman terbace le

Kembalilah diri ke dunia panggung dan dunia kelir. Merenung masa lalu dan melihat masa depan. Dari ‘pusat tasik pauh janggi’ tempat berpusar lagi jauh ke tengah segara. Tasiknya bukan di daratan bandar, tetapi pusar yang paling tengah dan paling dalam. Siapa terjatuh atau tergelincir, tersuruplah ia ke dalam pusar. Tempat menanti segala mara bahaya. Tempat duduk menantinya Nenek Sepit Pentala Naga di Laut Buih Gelombang Tujuh. Kalau si lemah yang sampai, maka hilang ghaiblah ia di mulut Raja Naga yang maha bisa. Tetapi kalau si kebal malim megah malim perkasa, dia berdiri di atas singa juang siap siaga. Tiada seurat bulu roma celakanya hangus terbakar, tiada seurat rambut hitam lebatnya gugur bertabur.

Dalam Makyung dan dalam Wayang Kulit Kelantan ada kaitan dengan Nenek Sepit Petala Naga. Dalam Makyung Endeng Tajali umpamanya apabila Raja Besar meninggal, maka Raja negeri dipangku oleh anaknya Raja Sulung. Namun Raja Tengah dan Raja Bongsu berasakan diri mereka juga berhak menjadi raja. Mereka tiga beradik pun berhuda tenaga (bertarung) untuk mendapatkan hak. Raja Sulung menang dan menjadi Raja, manakala yang kalah lari membawa diri ke hutan alas yang muda, dan ke laut buih gelombang tujuh. Raja Tengah bertukar menjadi Nenek Sepit Pentala Naga dan Raja Bongsu menjadi Jin Gergasi yang menghuru-harakan negeri. Munculnya Endeng Tajali yang bertahun-tahun dipasung di bawah jagaan Nenek Kebayan menyelesaikan cerita dan sengketa. Raja Sulung hilang ghaib, lalu Endeng Tajali pun ditabalkan menjadi Raja Besar Sang Nyanyor.

Berbeza dengan versi Nenek Sepit Pentala Naga dalam Wayang Kulit Kelantan. Nenek Sepit Pentala Naga adalah Raja di Negeri Lautan Buih yang mempunyai keseorang tuan puteri yang cantik jelita, yang dinamakan Tuan Puteri Ikan Selar Banum. Dalam cerita Wayang Kulit Kelantan, Nenek Sepit Pentala Naga ini menjadi besan kepada Seri Rama apabila Hanuman Kera Putih berkahwin dengan Tuan Puteri Ikan Selar Banum dan memperolehi seorang anak yang bernama Hanuman Ikan.

Apabila saya mengambil petikan latar dari panggung dan kelir, tentunya akan ada pertanyaan, apakah kaitannya Siti Zainon Ismail, sang penyair dan pelukis dengan Makyung dan Wayang Kulit? Kaitan dan silang pertindihannya amat banyak. Pameran ini sendiri adalah merujuk kepada dua genre teater tradisi tersebut. Kembara masa kecil Siti Zainon dari Kampung Paya menaiki keretapi, dan singgah mengaji Quran, bersimpuh di depan rehal Tuan Guru Haji Mohamed, ayahndanya almarhum Ustaz Abdullah Nakula antara Dusun Muda dan Makam Langgar. Wayang Kulit pun bertabuh dan gesekan rebab pun berbisik. Fizik dan geografi kedua tempat itu pun telah berubah dan terus berubah. Kampung Paya menjadi Bandar Dalam, dan Langgar juga kehilangan dusun ditumbuhi hotel dan supermarket.




p/s: Buah ni banyak kat Thailand,Kemboja.. orang Kelatan panggil buah 'ta'

No comments:

Post a Comment