Sunday, 17 February 2013

10 Ciri Akhlak Terpuji



1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat



Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah danjuga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkandari hadith Rasulullah yang berbunyi:



“Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya)makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila iarosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.



(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara’ adalah sebagaimana yang diriwayatkan olehRasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadith baginda (antara lain, bermaksud): 



“Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi iameninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan”



2. Memelihara penglihatan 



Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yangdiharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) bolehmerangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungandengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mu’min supaya memelihara diri daripenglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah Subahanu Wata,ala: 



Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagimereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

(An-Nur: 30) 



3. Memelihara Lidah



Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yng tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong,mengumpat, mengeji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan.“ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan

kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalahsama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri keranapercakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadiandemikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.” Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkankeburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara lain): 



“Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek)lidahnya”

(Hadith riwayat Al Tarmizi)



4. Bersifat Pemalu



Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebuttidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorangialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidakmeninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya. Diceritakan dari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa bagindaadalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: 



“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utamaialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang palingrendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman”



Berhubung dengan sifat malu ini para ulama’ mengatakan: “Hakikat malu itu ialah sifat yangmenggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain. 



5. Bersifat Lembut dan Sabar



Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslimialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan denganperkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan da’wah sememangnya penuh dengankepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan.Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah merekamenjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkanmedan da’wah.Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugasyang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan da’wah kepada seluruh lapisan manusiayang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabi’atnya. Da’i akan menyampaikan da’wahnyakepada orang-orang jahil dan orang-orang ‘alim, orang yang berfikiran terbuka dan yangemosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan yang keras kepala, orang yangtenang dan yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian ia wajib menyampaikan da’wah



kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Iamestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pastimemerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah lembut.Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-quran dan hadith Nabi menganjur dan mengarahkanagar seorang da’i itu berakhlak dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan berhati-hati. 



6. Bersifat Benar dan Jujur

 

Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepadadiri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalahsifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan danbenteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hatidan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanandan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwaseseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifatdusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islammengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yangdilaknat. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermaksud, antara lain): 

“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itumembawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allahsebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman(kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdustasehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

(Muttafaqun ‘alaihi)



7. Bersifat rendah diri



Seseorang mislim mestilah bersifat tawadhu’ atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yangmiskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu’alaihiwasallam sendiri memohon perlindungankepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda (antaralain, bermaksud): 

“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit)sifat takbur.”

(Hadis Riwayat Muslim) 


8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat



Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilahmenjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:





“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagiandari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang darikamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijikkepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang”.

(Al-Hujurat, 49 : 12)



9. Bersifat pemurah



Seorang muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan hartabendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang ituialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak darikalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaranrakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Qur’an Al-Karim sendiri terdapat berpuluh-puluh ayatyang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah. 



“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untukdiri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencarikeredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akandiberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”.

(Al-Baqarah, 2 : Ayat 272) 



10. Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)



Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinyacontoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambarankepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, caraberpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruhtingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yangtelah dilaksanakan oleh Rasulullah saw. Firman Allah swt yang bermaksud: 

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al Ahzab : Ayat 21 )


Sumber : 
Mohd Nizam Al-Jabal Maraqy in Tareqah Ahmadiah Idrissiah Atas Banggol Kelantan 

No comments:

Post a Comment