Saturday, 30 July 2011

Ketupat Sotong


Setiap kali balik dari cuti sem, bila semua adik beradik  teman  ade kat rumah, mama teman selalu wat ketupat sotong ni.. Jarang orang tahu resepi mcam mana nak wat ketupat ni.. Entri kali ni nak share macam mane nak wat ketupat (Tttutpakk- ore klate) hahahaha.. 
Ketupat ni la resepi famili yang lau ade pape/sesuatu yang spesel jek baru mama masak..
sesape yang tak pernah tahu/makan.. leh la cube ye :)
Bahan-bahannya:
  • sotong setengah kg
  • santan RM1
  • pulut setengah cawan
  • manisan siam 3 karet/gula melaka ketul
  • daun pandan 3 helai disimpul
  • sedikit garam
  • lidi daun kelapa
Cara membuatnya:
  1. Basuh beras pulut bersih2 dan rendamkan dalam sedikit santan yang sudah dicampur garam.
  2. Potong lidi pendek2*saya gunakan 4 batang lidi yang diambil dari pokok kelapa depan rumah. Selepas diraup bersih, dipotong sepanjang lebih kurang 2 inci setiap satu *
  3. Sementara pulut masih terendam dalam santan, basuh sotong bersih2. Buang kulitnya dan keluarkan matanya...ouhhh...
  4. Sumbatkan pulut dalam sotong. Masukkan hanya 1/3 pulut memenuhi sotong. Jangan terlebih kerana dikhuatiri sotong akan pecah takkala sedang dimasak.
  5. Masukkan kembali kepala sotong di tempatnya *Jangan sampai ada kepala sotong yang hilang sebab ianya penting untuk menutup sotong agar pulut tak keluar semasa memasaknya...hehe*.
  6. Cocokkan lidi secara menyilang untuk memastikan pulut selamat di dalam sotong.
  7. Susun di dalam periuk dan masukkan santan yang direndam pulut tadi.
  8. Bila dah menggelegak, masukkan santan selebihnya, manisan dan daun pandan. Masaklah sampai kuahnya likat.
  9. Sedia untuk dihidangkan....*berhati-hati dengan lidinya, kena pesan siap2 kat anak2...kang tak pasal2... :)*
p/s: lagi 1 hari nak puasa duk jauh dari famili baru la mengidam nak makan ketupat sotong ni.. hahahaha

    No comments:

    Post a Comment