Imam Syafie memberi wasiat, ”Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat,hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut :
- Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan makan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
- Hak kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
- Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
- Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
- Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
- Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
- Hak Ridhwan iaitu reda dengan qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
- Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.
- Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
(30 Wasiat Imam Syafie)
* Semakin bnyk belajar, smkin tahu betapa tak tertanggungnya tanggungjawab sebagai seorang khalifah tue. Semester nie, trlalu banyak pndedahan kepada sesuatu benda yang perlukan teguran dan sesuatu yang membuatkan hati dan fikiran ini berfikir, apa akan jadi kepada aku kalau aku tak tegur? Adakah aku akan dikatakan berlagak baik kalau aku tegur sedangkan aku tahu benda tu salah dan berdosa? Ya Allah betapa tak tenangnya hati memikirkan nasib kat 'sana' nanti. Diri kita sebagai Muslim kena jaga jiran2..sehingga 40 buah rumah daripada rumah kita. Menjaga di sini bererti kita bertanggungjawab ke atas diri mereka anadai mereka melakukan maksiat tanpa pengetahuan dan kita yang berpengetahuan tak menegur mereka. Hal ini boleh menyebabkan mereka menuntut bela kepada kita bila di Padang Mahsyar kelak, di Hari Pembalasan kelak. Kemungkinan selangkah ke syurga tidak akan menjadi kenyataan disebabkan tangan-tangan mereka yang menarik ke neraka. Ngeri, kan? Ingat senang jalan nak ke syurga? Ingat saja2 Allah lantik kita jadi khalifah di muka bumi-Nya? Masya Allah..mampukah kami melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang Engkau beri ini...(Y____Y) "sesungguhnya aku tak layak utk syurga-Mu tp aku tak ingin berada di neraka-Mu.."
No comments:
Post a Comment