Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Al-Nahl 16:125)
Lidah boleh menjadi faktor kebahagiaan di syurga atau kesengsaraan di neraka. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap yang baik atau dia diam." - Riwayat Bukhari dan Muslim. Baginda mengajar kita bahawa apa saja yang kita lafazkan ada balasannya pada Hari Akhirat.
Kata Imam Syafie rahimahullah, "Sesiapa yang mahu bercakap, hendaklah dia berfikir."
- Syarh al-Arba'ien an-Nawawiyah oleh Imam an-Nawawi rahimahullah
Hanya ada dua pilihan: Bercakap yang baik, atau jika tidak mahu bercakap yang baik, hendaklah diam.
Selamat bermuhasabah semua :)
Selamat bermuhasabah semua :)
No comments:
Post a Comment