Wednesday, 23 June 2010

Istimewa

Alhamdulillah kerna kita masih lagi hidup dan normal… masih bolehmenyedut udara, boleh menikmati makanan yang lazat2… Boleh  memakai  pakaian sendiri tanpa bantuan orang lain… dapat berjalan… dapat bersekolah dan dapat bershabat dengan seluruh umat manusia… bayangkan nikmat hidup kita ini ditarik oleh Allah S.W.T bagaimanlah hidup kita??? Coba bayangkan kita ditempat mereka yang ISTIMEWA… Mereka yang tak pernah merasai nikmat kehidupan sebagai manusia ini.. dapatkah anda bayangkan jika kehidupan mereka diabaikan???? Mereka tidak boleh bergerak sendiri untuk mendapatkan makanan…. Tak pernah bersekolah… tak boleh berkata2… membuang air besar dan air kecil pun memerlukan bantuan…. Ya Allah, mereka ini insan yang Amat ISTIMEWA… mereka tidak pernah berdosa… Mereka diuji sebegini rupa di dunia tetapi mereka amat Mulia di sisi MU Ya ALLAH… Mereka2 ini tentu sekali mahu tunduk dan beribadat kepada Mu Ya Allah jika berkeupayaan… sedangkan kita Umat yang normal yang dapat bermacam nikmat di atas muka Bumi Allah ini terus melakukan dosa,berdusta,mencaci dan sebagainya tanpa meningati bahawa yang hidup pasti akan menemui mati… Hidup 20 tahun sebagai insan ISTIMEWA jauh lebih baik berbanding kita yang hidup pada jangkamasa yang sama sebagai manusia normal… Cuma berbeza dari segi bertambahnya dosa atau pahala… Bayangkan Jika insan istimewa ini tidak dijaga oleh IbuBapa nya yang sangat penyabar membesarkan anak Istimewa ini tanpa sedikit pun merungut… Apa yang difikirkan hanyalah apa akan jadi jikalau panjang umur anak istimewa tadi???? Dan mereka terus-terusan berdoa semoga Allah merahmati anak2nya dan semoga dirinya sehat serta berdaya untuk menjaga anak ISTIMEWAnya yang ibarat seperti permata baginya… Saya pernah mendengar ucapan oleh seorang Ustaz yang mengatkan bahawa Anak2 yang ISTIMEWA ini diberikan kelebihan oleh ALLAH pada akhirat kelak untuk membawa ibubapanya bersamanya ke syurga… Itulah darjat insan2 yang istimewa ini… Sedangkan kita yang cukup lengkap ini perlu sujud dan beribadat pada Allah mengamalkan apa yang di perintahkan dan meninggalkan laranganya… Berbuat baiklah pada insan2 yang ISTIMEWA ini… Kerna mereka juga manusia dan darjat mereka jauh lebih tinggi dari kita…. Semoga diri kita ini tergolong dalam kalangan orang2 yan beriman dan beramal soleh….


Adik Saya yang Istimewa :)


No comments:

Post a Comment