Khutbah Jumaat
(2 NOVEMBER 2012 / 17 ZULHIJJAH 1433H)
أَشْهَدُ
أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا
بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى
اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan
kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada
Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada
hari yang penuh berkat ini menjadikan
kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “KAYA DUNIA MISKIN AKHIRAT”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam kita seharusnya
bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang
telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadith. Dalam menuju ke destinasi akhirat
maka hendaklah kita mencari dan mengumpul seberapa banyak bekalan pahala kebajikan dan kebaikan semasa hidup di
dunia. Ingatlah sebagaimana pesan Nabi kita dalam hadithnya yang bermaksud: “Dunia
ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti.”
Dan “Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu
akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati
keesokannya. ”
Segala amalan kita di dunia ini akan
dibentangkan di akhirat, tidak terkecuali walaupun ianya sekecil zarah. Pada
ketika itu kita akan melihat segala amalan semasa hidup ini dalam suratan amal,
ada yang berpahala, ada juga yang berdosa. Mereka yang berdosa itu akan merasa
takut dengan keadaan sedemikian. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 49:
Maksudnya:
“ Dan
Kitab-kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu
merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai
celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan
yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala
yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya. dan ingatlah Tuhanmu tidak
berlaku zalim kepada seseorang pun.
”
Namun persoalannya pada hari ini ada daripada
kalangan kita yang kaya di dunia tetapi miskin di akhirat dengan kata lain mereka
ini banyak melakukan amalan kebaikan dan kebajikan semasa di dunia tetapi ketika
di akhirat mereka ini dikira sebagai golongan miskin ataupun muflis.. Kenapa
jadi sebegini?. Jawapannya ialah kerana semasa hidup di dunia, mereka melakukan
kebaikan dan kebajikan serta dalam masa yang sama mereka juga melakukan
kejahatan dan dosa sesama manusia. Segala ganjaran pahala kebaikan di ambil
oleh Allah SWT bagi membayar segala hutang kejahatan semasa hidup di dunia ini
sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: “Siapa yang muflis? Manusia yang muflis
itu bukanlah mereka yang tidak berharta dan tempat tinggal."Sesungguhnya
orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain
seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan
sebagainya”. (Riwayat Muslim)
Dan sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud “ Tahukah kamu siapakah
orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah
orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW
bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka
yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan
haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa
bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada
hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika
pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa
di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan
memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat
bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka. ” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami
bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka
yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu
habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah
disakiti, dikianati, dihina, dibunuh atau dizalimi. Bahkan mereka juga akan
dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis
ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan dengan mengerjakan bermacam kebaikan dan
ibadah, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu dibayar dengan sebab
kesalahan terhadap orang lain. Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak
tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah SWT jika pada
masa yang sama masih lagi melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman
kepada insan lain.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam pergaulan hidup sehari-hari sudah
tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh
mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak yang berkaitan
dengan tubuh, maruah diri dan harta benda orang lain. Apabila kesalahan berkaitan dengan manusia,
maka wajib bagi kita meminta maaf dan mengembalikan haknya. Jika kita tidak
sempat memohon kemaafan semasa hidup di dunia ini maka dosa-dosa itu akan dibayar
dengan pahala-pahala di akhirat. Kerana itulah
pahala kita ini akan berkurangan sehingga kita miskin di akhirat nanti. Jika
kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu
kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila miskin di akhirat ?. Siapakah
yang akan bersimpati, siapakah yang akan menolong kita dan siapakah pula yang
akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah SWT?.
Dalam banyak-banyak anggota, lidahlah yang
paling banyak kesalahan yang melibatkan sesama manusia. Dosa lidah boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat. Kenapa lidah kita amat
mudah untuk bercakap mengenai orang lain? Itulah persoalan yang perlu ditanya
diri kita pada hari ini. Imam al-Ghazali pernah berkata: menerusi
lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan,
fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan
membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.
Untuk hidup
dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana
melalui lidah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih sopan.
Sikap tidak menjaga lidah bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang
mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia
yang mengakibatkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat.
Sebagaimana hidup di dunia, kehidupan
di akhirat juga kita memerlukan kekayaan. Kita memerlukan kekayaan yang
digunakan untuk mendapat alam kubur yang luas dan terang, berada di Padang Mahsyar
dengan selesa, meniti Titian Siratul Mustaqim sepantas kilat, melintasi pintu
Syurga, membina mahligai besar di dalam syurga, makan dan minum yang enak-enak,
bergerak tanpa batas, mempunyai bidadari yang cantik dan hidup bersenang lenang
di Syurga abadi. Hanya satu sahaja kekayaan yang bernilai iaitu ganjaran pahala.
Tanpa pahala kita akan menjadi manusia yang miskin di akhirat kelak dan tidak
mampu membeli kesenangan, kita akan susah di alam kubur, di Padang Mashyar dan
seterusnya akan dilemparkan ke dalam neraka bersama kaum kafir dan Iblis.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah
pada minggu ini marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita ini
sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak, adakah
segala amalan kita di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala
amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya
terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai muslimin
sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu
Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan
tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai
Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian
Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat. Janganlah kita
tergolong dalam golongan mereka yang kaya di dunia tetapi miskin di akhirat.
Ingatlah nilai dunia tidak lebih seperti
sebelah kepak nyamuk, kekuatan dunia tak lebih dari sarang labah-labah. kampung
akhirat jua lah yang kekal selama-lamanya.
Marilah sama-sama
kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:
Bermaksud: “ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat
dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat
zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) ”.
Segala amalan kita di dunia ini akan
dibentangkan di akhirat, tidak terkecuali walaupun ianya sekecil zarah. Pada
ketika itu kita akan melihat segala amalan semasa hidup ini dalam suratan amal,
ada yang berpahala, ada juga yang berdosa. Mereka yang berdosa itu akan merasa
takut dengan keadaan sedemikian. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 49:
Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami
bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka
yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu
habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah
disakiti, dikianati, dihina, dibunuh atau dizalimi. Bahkan mereka juga akan
dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis
ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan dengan mengerjakan bermacam kebaikan dan
ibadah, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu dibayar dengan sebab
kesalahan terhadap orang lain. Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak
tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah SWT jika pada
masa yang sama masih lagi melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman
kepada insan lain.
No comments:
Post a Comment