Mindanao ialah pulau ke-19 terbesar di dunia. Ia adalah pulau Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu di sini dalam erti kata yang luas. Ia juga merujuk kepada Kepulauan Melayu yang meliputi negara-negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Bukan itu saja, ia juga meliputi Thailand Selatan, Timor Leste, malah Papua New Guinea.
Thailand Selatan adalah jelas Melayu kerana di situlah warisan kesultanan Pattani yang kini berbentuk empat wilayah Melayu iaitu Yala, Narathiwat, Pattani dan Songkhla. Nama Melayu Songkhla ialah Singgora. Seperti mana Phuket adalah Bukit. Kemelayuan mereka tidak dipertikaikan walaupun sudah banyak penduduk Melayu di situ hanya mampu berbahasa Thai. Iaitu di samping kedaulatan Thailand ke atas empat wilayah itu diterima oleh orang Melayu sendiri.
Jadi, siapakah mereka? Adakah mereka itu orang Thai atau orang Melayu. Atau orang Thai keturunan Melayu. Atau orang Melayu Thai. Jati diri menjadi tanda tanya. Maka dalam hal ini, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Banyak pertikaian dan pendapat tentang perkara ini. Bagaimanapun penulis mempunyai pandangan yang tentunya tidak semestinya dipersetujui oleh orang lain.
Banyak definisi tentang Melayu. Ada definisi sempit. Ada definisi longgar. Di Malaysia takrif Melayu adalah sempit iaitu seseorang Melayu mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut budaya Melayu. Tetapi jika dilihat bahawa definisi di Malaysia itu tidak wajar dilihat sebagai sempit kerana seseorang itu tidak perlu berdarah keturunan Melayu. Cukup sekadar dengan tiga syarat itu. Paling penting ialah dia mesti beragama Islam.
Maknanya, di Malaysia, gen tidak penting bagi menentukan Melayu. Yang penting adalah faktor KEBERSAMAAN iaitu agama, bahasa dan budaya. Jika takrif ini dikenakan ke atas Melayu Thai, maka mereka tidak layak untuk dipanggil Melayu. Ini kerana mereka sudah tidak berbahasa Melayu terutamanya di sekitar Phuket. Justeru takrif Melayu yang dipakai di Malaysia tidak sesuai untuk digunakan di Thailand. Namun begitu, kemelayuan Melayu Thai tidak dapat dipertikaikan walaupun mereka tidak berbahasa Melayu. Ini kerana mereka sememangnya mewarisi Kesultanan Pattani yang jelas merupakan kerajaan Melayu. Maka empat wilayah Melayu Thailand itu adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu. Sejarah menjadi ciri penting bagi jati diri Melayu. Begitu juga dengan Melayu Champa di Vietnam dan Kemboja. Mereka juga orang Melayu. Tetapi wilayah mereka sudah tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kepulauan Melayu walaupun Champa merupakan kerajaan Melayu paling awal, baik semasa mereka beragama Hindu-Buddha mahupun setelah memeluk Islam. Begitu juga Melayu di Sri Lanka, Madagascar, Surinam dan Afrika Selatan. Mereka adalah melayu tetapi tentunya tanah mereka bukan sebahagian daripada kepulauan Melayu. Walaupun Madagascar, umpamanya pada keseluruhannya didiami oleh bangsa Malagasy yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu.
Justeru, untuk memudahkan definisi melayu, biarlah dihadkan kepada kepulauan melayu. Sesiapa yang tinggal dalam kepulauan Melayu, maka dianggap sebagai Melayu. Ini termasuklah Timor Leste dan Papua New Guinea. Dari segi bangsa, Timor Leste bukanlah berbangsa Melayu dalam erti kata yang difahami umum. Walaupun mereka pernah menjadi sebahagian daripada Indonesia. Tetapi bangsa di Timor Leste adalah serupa saja dengan penduduk di Timor Barat yang merupakan sebahagian daripada Indonesia. Ini kerana Timor Leste, yang dahulunya dikenali sebagai Timor Timur berkongsi pulau dengan Timor Barat. Dan pulau ini adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu.
Begitu juga dengan Papua New Guinea. Penduduknya bukan berbangsa Melayu. Tetapi mereka adalah serumpun dengan penduduk di Papua, dahulunya dikenalis sebagai Irian Jaya. Sebelum itu Irian jaya dikenali sebagai Irian Barat. Sebelum itu ia adalah Papua Barat. Maknanya papua New Guinea itu adalah Papua Timur. Kedua-duanya adalah dalam pulau Papua, dan Papua adalah sebahgian daripada kepulauan Melayu.
Maka, kepulauan Melayu merujuk kepada semua pulau-pulau di Asia Tenggara. Tetapi tentunya ia tidak termasuk Australia, New Zealand dan kepulauan Polynesia, walaupun penduduk aslinya seperti Aborigin, Maori, Polynesia termasuk Hawaii merupakan serumpun besar bukan saja orang Papua tetapi juga Melayu. Termasuk kategori ini ialah orang peribumi di pulau Taiwan. Tetapi apabila disebut kepulauan Melayu, ia juga termasuk dua wilayah yang bukannya pulau. Ia hanyalah semenanjung dan dari segi geografi, ia adalah sebahagian daripada Yanah Besar Asia Tenggara. Dua wilayah itu ialah Semenanjung Malaysia dan Thailand Selatan, atau nama lamanya Tanah Melayu dan Pattani. Atau Pattani itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kelantan pun pernah merupakan sebahagian daripada kesultanan Pattani.
Jadi, walaupun kerajaan pertama Melayu bermula di Champa di Tanah Besar Asia Tenggara tetapi nama Melayu bermula dari Sungai Melayu di Sumatera. Kerajaan Sri Wijaya yang bermula di Palembang mewarisi kerajaan Champa dan lain-lain kerajaan sezaman dengannya untuk memantapkan jati diri Melayu. Kemudian ia diwarisi oleh kerajaan Melaka di semenanjung dan beberapa kerajaan di pulau Jawa. Maka Jawa juga dikenali sebagai Jawi. Sementara Jawi disamakan juga dengan Melayu, maka akhirnya Melayu-Jawa menjadi satu identiti yang membentuk kepulauan Melayu. Kerajaan Majapahit menamakan pulau-pulau di luar Jawa termasuk semenanjung Tanah melayu sebagai Nusantara. Tetapi hakikatnya Jawa-Nusantara ini adalah kepulauan Melayu.
Terdapat beratus-ratus pulau di kepulauan Melayu, Maka dari segi geografi, pulau-pulau yang besar ialah Sumatera, Borneo, Jawa, Mindanao, Luzon, Sulawesi dan Papua. Rangkaian pulau kecil pula ialah Nusa Tenggara, Timor, Maluku dan Visaya. Sementara semenanjung ialah Tanah Melayu dalam erti kata meliputi Pattani.
Justeru, Mindanao adalah salah sebuah pulau besar dalam Nusantara. Penduduknya adalah orang Melayu yang pada zaman ini tidak disebut sebagai Melayu. Walaupun mereka tidak berbahasa Melayu tetapi bahasa mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan berbudaya rumpun Melayu. Tetapi mereka dipanggil Moro.
Asal-usul Melayu Semenanjung Malaysia
Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.
Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang bukan penduduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.
Melayu Anak Dagang merangkumi:-
* Suku Aceh
* Suku Banjar
* Suku Batak-Mandailing
* Suku Boyan (Bawean)
* Suku Bugis
* Suku Cham
* Suku Jawa
* Suku Kerinci
* Suku Minangkabau
* Suku Rawa
* Suku Yunnan
* Suku Jambi
* Suku Riau
'Melayu Anak Dagang' tidak dianggap sebagai pendatang di Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi mereka status Bumiputra.
Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung. Melayu Semenanjung merangkumi:-
Suku Kedah Tua
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah Tua pada awal abad ke-4 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)
Suku Perak
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada awal abad ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)
Suku Kelantan dan suku Patani
- dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.
Suku Terengganu
- suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah sebahagian jajahan Langkasuka)
- merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.
Suku Pahang
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang - salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka
- Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.
- merujuk kepada orang Melayu di Pahang.
Suku Johor
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.
- Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.
- merujuk kepada orang Melayu Jati di Johor.
Orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di Semenanjung dan bukannya Sumatera.
Jika benar orang Melayu berasal dari Kerajaan Melayu di Sumatera, maka siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Semua kerajaan-kerajaan tersebut wujud jauh lebih awal dari Kerajaan Melayu.
Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia. Menurut teori penghijrahan manusia purba, manusia berhijrah dari daratan ke pulau, bukan sebaliknya.
Adnan Alfian: ini sumber yang saya ambil dari inbox2 lama dimedium sosial saya yg dikirim oleh sahabat saya; pelajar USM kubang kerian. sebelum ini kami sama2 mempunyai pendapat yang sama berkenaan dengan Nazi sebenarnya bukan rasis, SS Handzar dan Adolf Hitler yang mendapat julukan nama Abu Ali oleh orang-orang Arab.
-
OK ini info yang saya, kebanyakkan rujukan saya adalah dari Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa.
Nama "Melayu" dicipta pada era Parameswara, yakni selepas putera Palembang (bekas-Srivijaya) berpindah ke Melaka, pada masa dahulu, tiada nama bangsa yg diberi kepada bangsa berkulit sawo matang ini, yang paling terawal, diberi oleh Mangkubumi Majapahit, iaitu Patih Gadjah Mada yang pernah menggelarkan seluruh benua kita ini sebagai Benua Nusantara sebagai menyahut seruan Kerajaan Majapahit. Maka Nusantaralah namanya secara amnya bangsa besar kita..
Apakah kaitan nama Melayu dengan Parameswara? Jikalau anda ingin tahu, nama Melayu diambil daripada nama Kerajaan lama yg di bawah jajahan takluk Srivijaya yg berpusat di timur Sumatera, nama Kerajaan tersebot adalah Kerajaan MALAYU, kini tempat ini dikenali sebagai Jambi, Kerajaan Malayu wujud sejak kurun ke-6 masihi lagi dan kemudiannya telah diserap masuk ke dalam Srivijaya yang berpusat di Palembang, Srivijaya pula kemudiannya diserap masuk ke dalam Kerajaan Majapahit (yang berpusat di Tanah Jawa). Pada awal kurun ke-14, Kerajaan Majapahit mengalami pergolakkan, semua negeri-negeri di bawah naungannya mula memberontak, dan Kerajaan Majapahit telah mula melemah, setiap negeri-negeri di bawah taklukan Majapahit telah diletakkan askar-askar demi untok mengawal pemberontakkan2 ini, ini termasuklah Palembang (Jambi), putera Jambi pada masa itu iaitu Parameswara cuba menentang kemaraan tentera Majapahit tetapi gagal untok mengambil semula negeri tersebut, beliau kemudiannya melarikan diri ke Temasik, Johor dan kemudiannya ke Melaka.
Di Melaka, beliau membina Kerajaan baru dan orang-orang pribumi di sana pun menerimanya sebagai Raja baru mereka dan menggelarkan beliau serta orang-orang beliau sebagai RAJA DAN ORANG-ORANG DARI MALAYU (yang membawa maksud, Raja dan orang-orang dari Negeri Malayu lah). Zaman beralih ke zaman, kemudiannya nama Malayu telah disalah-tafsirkan sebagai nama bangsa, di mana pada asalnya nama tersebut hanya digelarkan kepada Parameswara serta pengikut-pengikutnya yang berasal dari Negeri Malayu (Jambi). Saya kurang pasti bagaimana sebutan Malayu kemudiannya ditukar kepada Melayu, mungkin setelah peredaran waktu jadi nama Malayu itu sudah menjadi sinonim dengan penduduk2 di Senggaramasin (kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu).
Pada era kemusnahan renaissance, yakni era kejatuhan Inggeris, Belanda, Sepanyol serta penjajah2 lain, nama MELAYU telah digunakan oleh para nasionalis-nasionalis di serata Nusantara sebagai menyahut seruan MELAYU RAYA. Ini terbukti pada era sebelum perang dunia ke-dua di mana para nasionalis dari Indo dan Tanah Melayu (Kesatuan Melayu Muda) pernah membentangkan sebuah kertas kerja untok menyatukan seluruh negeri-negeri Nusantara menjadi sebuah negara yang besar, yakni sebuah negara rumpun Nusantara Melayu yang pertama. Negara-negara kesatuan MELAYU RAYA ini adalah:
FILIPINA (Mindanao), KEMBOJA (Champa), BRUNEI (serta Borneo), TANAH MELAYU (Senggaramasin), SINGAPURA (Temasik), INDONESIA (Sumatera, Tanah Jawa, Sulawesi/Kepulauan Makasar dan Bugis, Banjarmasin).
MELAYU RAYA jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris bermaksud "GREATER MALAY ARCHIPELAGO". Juga boleh digelar "GREATER NUSANTARA". Bermaksud kesatuan seluruh negara dari rumpun sebangsa.
Bagaimanapun impian ini tidak menjadi kenyataan kerana wujudnya sebuah parti yang membawa kepada kemerdekaan di bawah telunjuk Inggeris, tidak perlu lah saya beritahu namanya di sini, anda semua tahu lah sendiri. Pengikut2 KMM kemudiannya telah ditangkap oleh Inggeris dan dijatuhkan hukuman mati.
No comments:
Post a Comment