firman Allah Jalla wa ’Ala :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
”Katakanlah: Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada hujjah yang nyata.” (QS Yusuf : 108)
Allah menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam berdakwah di atas bashiroh (hujjah yang nyata), dan demikian pula dengan para sahabat beliau. Hal ini menunjukkan keutamaan dakwah, dan menunjukkan bahwa para pengikut Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam adalah para du’at (penyeru) yang menyeru kepada jalan-Nya di atas bashiroh.
Al-Bashiroh adalah ilmu (pengetahuan) tentang apa yang didakwahkan kepada kebenaran dan apa yang dilarang. Hal ini menunjukkan kemuliaan dan keutamaan yang mereka miliki. Nabi yang mulia ’alaihish Sholatu was Salam bersabda di dalam sebuah hadith yang shahih :
من دل على خير فله مثل أجر فاعله
”Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka baginya pahala yang sepadan dengan pelakunya.” (HR Muslim di dalam ash-Shahih)
Dan sabda beliau :
من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من تبعه لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
”Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya pahala yang sepadan dengan pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa yang sepadan dengan orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR Muslim).
Hadith ini menunjukkan keutamaan dan kewajipan dakwah kepada Allah Azza wa Jalla. Telah shahih pula dari Nabi ’alaihish Sholatu was Salam, a beliau bersabda kepada ’Ali radhiyallahu ’anhu wa ardhohu :
فوالله لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم
”Maka demi Allah! Sekiranya Allah memberikan petunjuk melalui perantaraanmu kepada seorang lelaki adalah lebih baik bagimu daripada unta merah.” (Disepakati keshahihannya).
Hadith ini juga menunjukkan kepada kita akan keutamaan dakwah kepada Allah dan yang ada di dalamnya berupa kebaikan yang sangat besar.
Seorang da’i yang berdakwah kepada Allah Jalla wa ’Ala, akan diberikan pahala yang sepadan dengan orang yang Allah beri petunjuk melalui perantaraannya. Walaupun orang itu sebanyak ribuan atau jutaan, maka da’i tersebut tetap diberi pahala yang sepadan dengan pahala mereka. Maka mudah-mudahahan kebaikan yang agung ini menyenangkan anda wahai para Pendakwah.
No comments:
Post a Comment