Bagaimana anda menutup & membuka dairi harian anda ?
Adakah anda....
1-Membersihkan diri dengan berwudhu ?
2-Menghayati kalam Ilahi mahupun bermunajat kepadaNya ?
3-Bermuhasabah diri terhadap perilaku harian sebelumnya ?
4-Berazam untuk bangkit di awal pagi bagi memenuhi temujanji denganNya ?
5-Subuh berjamaah sebagaimana yang tokoh dan pejuang silam yang hebat ?
6-Menutup dan membuka dairi harian dalam menggarap redha dariNya ?
Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Rasululah saw bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang solat Isya' secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh daripada malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat pada keseluruhan malam”.
Hadith riwayat Muslim.
No comments:
Post a Comment