Terima kasih sebab sudi melawat ke blog saya yang tak seberapa ini..
Untuk Makluman
Blog ni bebas Politik!!!!
Hanya blog peribadi penulis yang hanya meluahkan ape yang terbuku di hati tentang dunia serta berkongsi bahan2 ilmiah.. Moga bermanafaat buat semua.. Untuk dijadikan peringatan buat semua.. Di antara sifat mukminin dalam Al-Quran:
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ{3}
Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3). Sesungguhnya Surah ak-Ikhlas atau Surah al-Asri menentukan manusia kepada dua bentuk keperibadian:
- Keperibadian pertama manusia yang hidup menyendiri daripada orang lain, inilah yang menjadi sasaran surah dan kepada mereka mereka ditujukan tanggungjawap ini.
- Keperibadian kedua manusia yang hidup bermasyarakat, ia merupakan satu batu-bata di dalam pembentukan masyarakat di sesuatu tempat atau perkampungan atau kawasan kejiranan.
Bagi keperibadian pertama:
Ia akan membesar, berkembang dan akan menjadi kuat dengan keimanan, yang ditetapkan oleh satu peraturan (manhaj) yang amali di dalam kehidupan seharian. Ia juga akan membentuk budaya akhlak yang wajib di ikuti oleh manusia.
Maka objektif akidah imaniah sebenarnya ialah,
- Supaya setiap insan dapat memahami dan menyedari di dalam segala tindakannya.
- Supaya setiap insan dapat hidup dengan budaya tolong menolong dan bersaudara-mara.
- Supaya manusia dapat mengakui hak persamaan sebagai manusia dan berkongsi hidup di dalam mengunakan kebaikan dunia dengan orang lain.
Bagi keperibadian kedua:
Ianya akan terbentuk dan muncul dari hasil perkongsian setiap individu mukmin dengan saudara mukminnya dalam membentuk sesebuah masyarakat di sesuatu tempat. Maka ia akan bertambah sempurna dan mantap, apabila wujud budaya saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran. Akhirnya segala hasil kebaikan dan kesejateraan, akan kembali kepada individu, keluarga dan masyarakat.
Gambarannya ialah seperti yang di sebutkan oleh Rasulullah s.a.w: di dalam hadis yang mulia: “Seorang mukmin terhadap seorang mukmin adalah seperti sebuah binaan yang saling menguatkan di antara satu sama lain”
” المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاَ “
Seorang ulamak telah berkata: Jika sekiranya setiap tentera lebah dan semut saling bekerjasama dan saling membantu, maka tidak munasabah pula bagi manusia yang Allah s.w.t telah kurniakan kelebihan yang banyak dari makhluk lain, terkurang pula daripada dua kerajaan ini ( lebah dan semut), mereka amat teristemewa di dalam bab kerjasama dan bermesyuarat sesama mereka.
Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w, dari, yang bersabda : ” Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah s.w.t akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah s.w.t akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan juga di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah s.w.t selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah s.w.t akan memudahkan suatu jalan baginya ke Syurga. Dan tidak berhimpun sesuatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah s.w.t iaitu masjid, mereka membaca Kitabullah iaitu al-Quran dan mempelajarainya di antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, dilimpahi oleh rahmatNya, di kelilingi oleh para MalaikatNya.( Imam Muslim)..
No comments:
Post a Comment