Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu
terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah
sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita
selagi
ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan
kepada
seseorang.... setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu
menjaga
hatinya.... janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya
begitu
sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya
selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada.... jangan
terlalu
berharap pada takungannya.... dan janganlah
menganggap
ia
begitu teguh.... cukuplah
sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak....
tentu
sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia
dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin
ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya.... janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya....
akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah
baik....
No comments:
Post a Comment