Friday, 30 July 2010

Kisah Taubat

Cerita ini penuh pengajaran kalau kita boleh buka pintu hati kita untuk menerima kebenaran yang ada di dalam cerita ini. Semoga dapat iktibar....=)

Malik bin Dinar adalah seorang tabi’in yang terkenal kerana selalu menangis sepanjang malam sambil berdoa,”Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana?Ya Allah, jadikanlah aku dari penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka.”

Perhatikanlah ibadahnya!!Inilah Malik bin Dinar. Namun menurutnya,

“Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum arak dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku makan hak orang lain, aku makan riba, aku memukul manusia dan aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak kulakukan. Aku sangat fajir sehingga manusia menjauhiku.”


“Tapi suatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan seorang anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya dan setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku bertambah dan maksiatku berkurang. Mungkin Fatimah tahu kalau aku memegang botol arak, lalu dia mendekatikku sehingga aku menjauhkan botol itu darinya, sedangkan dia baru berusia 2 tahun ketika itu. Seakan Allah mengatur dia untuk berkelakuan begitu. Semakin hari aku semakin mendekati Allah sehinggalah Fatimah genap berusia 3 tahun dan dia mati.”

“Lalu menjadilah aku seorang yang lebih buruk dari sebelumnya. Sebab aku masih belum memiliki kesabaran orang yang beriman sehingga syaitan berjaya memperdayakan aku. Sampai satu hari aku terasa ingin mabuk, lalu aku meminum arak sepanjang malam.”

“Lalu hari itu aku bermimpi yang sesuatu yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku di hari kiamat. Manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia dan aku mendengar ada yang menyeru, “Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Memaksa.”

“Aku melihat wajah si Fulan bin Fulan berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehinggalah aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tiada siapa di padang mahsyar itu. Lalu aku melihat ular yang besar lagi ganas berjalan sambil membuka mulutnya. Aku pun berlari sehinggalah aku menemui seorang lelakui tua yang lemah lalu aku berkata, “Tolonglah aku dari ular itu.” Tapi lelaki itu menjawab, “Aku lemah anakku, Aku tidak dapt menolongmu. Tetapi berlarilah ke arah sini, mungkin kau akan selamat.”

“Aku berlari ke arah yang ditunjukkan sehinggalah aku mendapati ular dibelakangku dan neraka dihadapanku. Lalu aku berlari kembali ke arah lelaki tua itu dan berkata, “Tolonglah aku, selamatkan aku.” Maka jawabnya lagi,”Aku lemah seperti yang kau lihat. Pergilah ke arah gunung itu, mungkin kau akan selamat.”

“Aku pun berlari ke arah gunung dan ular tersebut juga semakin hampir mengekoriku. Lalu aku melihat di puncak gunung kanak-kanak kecil berteriak, “Wahai Fatimah, temuilah ayahmu, temuilah ayahmu..”

“Aku tahu itu anakku yang meninggal sewaktu usianya 3 tahun itu. Anakku menolongku dan menyambutku dengan tangan kanannya, lalu mengusir ular tersebut dengan tangan kirinya. Sedangkan aku kelihatan seperti mayat waktu itu kerana ketakutan. Lalu aku kembali berada di bilikku sewaktu di dunia dan anakku berkata, “Belumkah datangnya waktu orang-orang beriman untuk secara khusyuk tunduk hati mereka mengingat Allah…(al-Hadid:16)”

Aku bertanya kepada Fatimah, “Ceritakanlah padaku tentang ular itu.”

Lalu dia berkata, “Itu adalah amal burukmu yang kau besarkan dan cambahkan setiap hari, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai ayahku, bahawa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di akhirat kelak?”

Aku bertanya lagi, “Dan lelaki tua itu?”

Anakku menjawab, “Itulah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis dan tak mampu melakukan sesuatu untuk membantumu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku dan aku mati ketika kecil, tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu.”

“Aku pun terbangun dari tidur dan berteriak,”Telah datang wahai Tuhanku…telah datang, wahai Tuhanku…”

Aku pun keluar dan bersiap untuk solat Subuh dan sewaktu melangkah masuk masjid, aku mendengar Si imam membaca,

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk tunduk hati mereka mengingati Allah…(al-Hadid:16)”

Sejak dari itu Malik pun bertaubat sehingga dikenali kerana hampir setiap hari menghabiskan masa di masjid.

Belum sampaikah waktunya untuk kita?

“Siapa yang mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta. Lalu siapa yang mendekatiKu dengan sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan siapa yang mendekatiKu dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya sambil berlari kecil.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayuh!!Mari bertaubat ketika masih ada peluang daripada ALLAH..Semoga Allah kurniakan nikmat taubat itu pada kita semua...

"Sesungguhnya apabila seorang hamba itu melakukan satu kesalahan maka akan ditimpakan satu titik hitam pada hatinya. Sekiranya dia bertaubat maka hatinya akan berkilat semula. "(HR Tarmizi)

AKU TERIMA CINTANYA>> (",)

Apakah persepsi anda terhadap orang yang bercinta? Jika anda ‘budak Usrah yang baru’,mungkin anda akan membencinya. Jika anda ‘budak Usrah yang lama’,mungkin anda akan mendekatinya dengan cara yang baik dan menerangkannya tentang zina. Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina. Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing, memang tiada kata putus yang mengharamkan cinta tapi perlu diingatkan bahawa ada batas-batas yang memisahkan antara cinta halal dan cinta haram.Artikel ini tiada kaitan dengan bagaimana mencipta cinta yang halal atau apakah ciri-ciri cinta yang haram,sebaliknya artikel ini tentang bagaimana seorang wanita ‘cair’ dengan ayat-ayat seorang lelaki biasa.


Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.

Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB

Sepupu 2 : Ade la…

Saya : Gewe awok ko?

Sepupu 2 : Ngorat jah…

Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?

Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.

Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.

Saya : Wah,laju cari peganti

Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari peganti baru

Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?

Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)

Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.

Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.

Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?

Dia : Ok gak…

Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.

Dia : Sport fishing?

Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.

Dia : Teruknya laki…

Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.

Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?

Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?

Dia : apa dia?

Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?

Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..

Saya : Lagi?

Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..

Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?

Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.

Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.

Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..

Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.

Dia : Oooo…

Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.

Dia : Thanx

Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”

“Tak sampai seminggu pun”

Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.

WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.

p/s: Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia? Manusia in mcm2 sikap...dh berbuih mulut bg nasihat... adoi... (Y_Y) diri sendiri kna perbetulkan dulu la..INSYA ALLAH..

Bergandingan menggapai redha ALLAH....=)

1 Kisah Pada Hari Jumaat...Bacalah dgn Mata Hatimu...=)

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia".

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah".

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat".

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun".

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini".

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!".

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu".

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu".

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka".

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!...

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang..

Sebarkanlah risalah ini dgn penuh kasih sayang...

Thursday, 29 July 2010

Saat terakhir Umar al-Khattab


Disebut dalam Kitab agama Yahudi bahawa, "Suatu waktu akan ada seorang raja orang Islam yang akan menakluk Baitul Maqdis (Palestin) dengan menaiki keldai."


Apabila peluasan wilayah Islam berlaku pada zaman Umar Al-Khattab, amirul mukminin ini telah ke Palestin dengan menunggang keldai. Orang Yahudi melihat perkara tersebut sebagai satu kebenaran seperti yang tercatat dalam kitab mereka.


Disebut dalam Sahih Bukhari bahawa khalifah Umar al-Khattab berdoa, "AllahummarZuqni Syahadatan fii sabiilika, waj `al mauti fii bilaadi rasuulika." Yang bermaksud, "Ya Allah berikanlah kepadaku syahid dalam jalan-MU dan jadikan matiku di negeri Rasul-MU (Muhammad S.A.W)."


Doa ini dimakbul Allah apabila beliau ditikam ketika sedang menunaikan solat Subuh. Pembunuh khalifah Umar bernama Abu Lu'luah. Beliau membunuh khalifah kerana tidak berpuas hati dengan kharaj. Pada zaman pemerintahan Umar terdapat dua jenis kharaj (cukai) iaitu kharaj kepala dan tanah. Kharaj tanah oleh orang bukan Islam kembali kepada kemanfaatan orang bukan Islam juga. Abu Lu'luah berpendapat bahawa sistem tersebut tidak adil kepadanya.


Dalam konteks semasa, cukai pendapatan perlu dibayar dan manfaatnya diambil oleh semua orang sama ada Islam atau tidak. Bagi orang Islam yang menunaikan zakat, mereka dikecualikan membayar cukai pendapatan. Tetapi zakat dimanfaatkan kepada orang Islam semata-mata. Bermakna orang Islam mendapat bahagian daripada zakat dan cukai pendapatan yang turut dibayar oleh orang bukan Islam. Maka betapa dalam Islam, jika dilaksanakan kharaj (iaitu cukai tanah) yang diusahakan oleh orang Islam hasil tersebut tidak boleh dimanfaatkan oleh orang bukan Islam. Pasti perkara ini lebih adil untuk semua sama ada Islam atau bukan.


Umar meninggalkan hutang 86 ribu dirham. Itulah wang yang diguna untuk membantu urusan rakyat yang dipimpinnya. Dia tidak menggunakan wang untuk membeli harta benda. Malahan beliau dikatakan cukup berhati-hati dalam pentadbiran sehingga pernah diberitakan bimbang kalau-kalau ada seekor kambing yang tergelincir. {{Kalau pemimpin kita hari ini teliti seperti Umar al-Khattab, nescaya tidak ada jalan raya yang berlopak-lopak.}}


Umar menamakan enam sahabat yang akan menggantikan beliau. Mereka ialah;
1. Usman bin Affan.
2. Ali Bin Abi Thalib.
3. Abdul Rahman bin Auf.
4. Thalhah bin Ubaidillah.
5. Zubir bin Awwam.
6. Saad bin Abi Waqash.


Namun begitu Thalhah, Zubir dan Saad menarik diri. Maka ketiga-tiga orang yang tinggal berbincang sesama sendiri. Abdul Rahman Bin Auf telah secara sukarela menarik diri dan menjadi orang tengah untuk menilai kelayakan Usman dan Ali.


Akhirnya setelah dibuat pertimbangan yang saksama, Usman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar al-Khattab. Apabila Usman bin Affan dilantik, Ali bin Abi Talib menjadi orang yang pertama member bai'ah (ikrar taat setia).


----------------------
Nota kuliah Maghrib, Ust. Azhar Yahya, Masjid al-Hidayah, Sentul, 18 Julai 2010.


Tulisan asal di weblog http://naimisa.blogspot.com/


Sunday, 25 July 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US. 


Gambar Hiasan

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus. 

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan 
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan 
bersaorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu. 

Masa dia melepasi tempat lelaki itu 
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke 
rumahnya. 

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu. 

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, 
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol 
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain). 

Dia pun tanya perogol itu.. 

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?” 
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 
tu?) 

Perogol tu jawab: 

“No, you are not alone. That night I saw 
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.” 
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..) 

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu. 

p/s : MORAL CERITA INI??? 

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi 
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan 
diriNya. 

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." 
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... 
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... 
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. 

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari 
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Saturday, 24 July 2010

Saya Suka Tengok...

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan anda berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...
"Sebenarnya keadaanku jelas di hadapanmu dan sudah tiada ada satu rahsia pun yang masih tersembunyi dari mata orang-orang yang mencintaiku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah berkurang,"

Thursday, 22 July 2010

minat sungguh kt cikgu sulizi




Cikgu Sulizi & Cikgu Naim - Tok Bini lagi

sedihnyo raso ambo hidup sore diri 
omo sudoh tuo tp tok bini lg 
nok acu cubo suruh saing suruh cari 
bia takdok rupo asa sajo baik hati

susohnyo nok pikir kalu kito takdok kijo
tubuh pasuke dikir tggi2 jadi tok jogho
takdir tuhe bui apo lg nok dikato
kalu tubuh ambo brutung buleh bini dgn ore kayo

maso mudo2 ambo kasih doh skali
denga anok daro duduk kijo kile roti
tp tokde 3 bule mula dio cabut lari
lalu tggl ambo sore dimano tepat ku nk cari gati

kasih hok ye ke2 ore buje lg lawa
tokleh lepo nok tgk waye nok tiru setail banda 
turun pg kelik pete takdok kiro ko loho asa
mujo saing pakat lare tebin taruh po takdok pasa

kasih hok ye ketigo denga anok toke budu
ayoh dio namo pakdo muso rumoh dekat pata teluk bayu
sapa tok rajin denga soro dok main msg 'i love u'
loni pecoh doh rahsio keno2 ko hok tino bisu

budok2 dgr lagu ni takdok ko wei hok nok tulun kiro
kalu takdok anok daro ore buje po takpo
stakat anok sore duo brani jamin ambo buleh pero
hudoh molek takdok kiro asa tahu bertimbe raso
p/s: credit to pejai

Qunut Nazilah





اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى


وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ






اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ






اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِم , اللهم أَنْزِل بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.






اللهم انْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهُم فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهُمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ






اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَاب فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Renungan

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."  

Alasan untuk bersedihan

Artikel ini ditulis oleh Saudara Hilal Asyraf, www.langitilahi.com



Hidup ini penuh pancaroba, dan pancaroba itu ada hikmahnya~ picture by dsya


Iman sifatnya Yazid wa yanqus. Yazid berasal dari perkataan zada bermaksud tambah. Yanqus berasal dari perkataan Naqasa bermaksud berkurang. Iman itu sifatnya bertambah dan berkurang, naik dan turun.
Itulah dia resminya kita. Hamba Allah SWT.
Ada masa terjatuh juga. Ada masa tersungkur juga.

Dan bila jatuh dan tersungkur itu, jiwa akan sedih meronta-ronta.


“Kenapa begini? Kenapa begini?” Kita akan tertanya-tanya. Seakan-akan kita merasakan betapa amal kebaikan kita tidak bermakna. Amal, amal, amal kemudian berdosa semula. Buat baik, buat baik, buat baik, nanti tersungkur juga.

Akhirnya kita memilih untuk meninggalkan kebaikan. Katanya sudah tiada harapan.
Sebenarnya, kita tidak mengerti bahawa, di dalam kejatuhan iman itu sendiri, ada hikmah besar yang tersembunyi.


Orang-orang yang beriman bukan sempurna


Orang yang beriman itu tidak sempurna. Walaupun dia beriman kepada Allah SWT, tetap ada waktunya dia akan tersungkur jatuh melakukan kesilapan. Adakala kesilapannya besar, adakala kesilapannya kecil. Hatta orang-orang yang alim dan kelihatan seperti malaikat juga ada waktu-waktu kurangnya. Tinggal terzahir atau tidak sahaja.
Ini dibuktikan dengan kisah Abu Dzar RA dan Bilal bin Rabah RA. Apabila satu ketika, Abu Dzar RA memanggil Bilal: “Hoi Anak Hitam” dan kemudian Rasulullah SAW menegur: “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya pada dirimu masih ada jahiliyyah”
Ya. Ada kalanya kita dah rasa stabil, rasa keimanan kita meninggi, ada kalanya kita akan terleka dan terlalai. Lantas alpa menolak kita ke gaung kesilapan.
Dan ketahuilah, kesilapan itu sendiri adalah satu ujian.
Dan di dalam ujian itu ada hikmah yang besar daripada Ar-Rahman.


Hikmah satu kejatuhan


Ada kata-kata hikmah berbunyi:
“Hanya si buta mengetahui nikmatnya melihat, hanya si mati mengetahui nikmatnya kehidupan”
Di sinilah tersembunyinya hikmah yang besar mengapa Allah SWT menjadikan keimanan manusia itu berbentuk naik dan turun.
Supaya manusia belajar menghargai keimanan mereka.
Manusia yang telah menyentuh kelazatan iman, apabila mereka tersasar dari landasan keimanan itu, mereka akan rasa kekosongan, rasa kekurangan. Di sinilah bagi yang jiwanya sensitif, akan bangkit segera memperbaiki diri. Dan apabila mereka bangkit, mereka akan bangkit dengan lebih tinggi dari sebelum kejatuhan mereka.
Allah mencipta kitaran Iman sedemikian rupa, agar yang terbaik mampu dihasilkan.
Sebab itu, bumi ini tidak diberikan kepada malaikat untuk mentadbirnya. Tetapi Allah berikan kepada manusia yang pasti akan melakukan kesilapan, tertarik-tarik antara kebaikan dan kefasadan untuk metadbirnya.
Hal ini kerana, hanya yang pernah jatuh, mengetahui kepentingan berada di tempat yang tinggi. Justeru, manusia yang beriman apabila mereka jatuh, mereka akan rasa sebahagian besar kenikmatan hidup mereka tertarik keluar. Di sini, Allah menguji mereka, Allah menapis mereka.
Siapakah antara hamba Allah yang terbaik dalam melangkahi ujian ini?
Dan orang yang benar keimanannya akan bangkit. Bergerak. Memperbaiki diri dan meningkat lebih tinggi.
Hanya orang yang keimanannya palsu, akan terus tunduk dan berputus asa. Jatuh lebih ke bawah dari yang sebelumnya.


Lihatlah Mereka itu

Kembali kepada kisah Abu Dzar, apabila dia ditegur oleh Rasulullah SAW tadi, dia bingkas meletakkan wajahnya ke tanah. Menjerit meminta Bilal memijaknya. Hatinya gentar dengan keimanannya yang menurun. Lantas bergerak memperbaiki dirinya. Dan kita mengetahui bahawa Abu Dzar adalah antara sahabat termulia di sisi Rasulullah SAW.
Lihatlah pula kepada Ka’ab bin Malik, apabila beliau terleka hingga meninggalkan Peperangan Tabuk. Lantas dia sedar akan kesilapannya, tidak pula dia putus asa untuk menjadi baik apabila Rasulullah menghukumnya. Bahkan dia menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya, hingga Allah menurunkan ayat Al-Quran secara terus mengampunkannya.
Lihatlah pula kepada Umar Al-Khattab, dia pada suatu hari membawa Taurat untuk dijadikan rujukan dan Rasulullah SAW marah kepadanya. Selepas itu lihatlah Umar bagaimana dia bergerak menjadi seorang yang sangat tegas atas Al-Quran dan Sunnah. Menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Lihatlah pula kepada Handzalah dan Abu Bakr RA, apabila mereka merasakan diri mereka telah terlalai dari mengingati Allah SWT, lantas mengumumkan bahawa diri mereka telah menjadi munafiq dan menangis-nangis kecewa. Ditegur oleh Rasulullah SAW bahawa perkara itu adalah biasa jika ianya tidak berpanjangan. Dan lihatlah kemudiannya di mana tempat mereka di dalam keimanan. Naik lebih tinggi dari sebelumnya.
Oh, apakah orang-orang yang jatuh itu tidak melihat, bahawa kejatuhan mereka itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT?

Penutup: Bila jatuh, jangan kecewa. Lekas naik semula jangan banyak bicara

Justeru, bila jatuh, bila melakukan kesilapan, bila melakukan dosa, jangan pula rasa tersangat kecewa hingga tiada harapan langsung untuk kita.
Lihatlah betapa hakikatnya, kejatuhan itu adalah untuk mengajar diri kita, mendidik jiwa kita, agar lebih menghargai keimanan kita, menghargai hubungan kita dengan Allah SWT.
Kejatuhan itu sendiri, adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya untuk memberikan peluang kepada mereka tertingkat dengan lebih tinggi lagi.
Maka jangan banyak bicara, jangan berduka terlalu lama, bangkitlah dengan mengambil pengajaran apabila jatuh itu.
Biar bangkit lebih tinggi dari kebangkitan sebelumnya.